Monday, December 27, 2010

DI AMBANG SESI PERSEKOLAHAN 2011

Biasanya , bahang bebanan kerja sebagai guru mula dirasai. Seminggu lagi, sesi persekolahan baru 2011 bakal menjelang tiba. Persiapan persekolan untuk anak-anak dan anak-anak murid sudah tentu menambah rasa komitmen kita untuk bertugas bagi menjayakan misi pendidikan.
Namun, sebenarnya kerja dan tugas seumpama ini adalah menjadi kebiasaan sepatutnya kepada kita semua. Bak kata Hasan al-Banna "Tanggungjawab lebih banyak daripada masa". Justeru tugas mendidik hendaklah dilangsungkan sepanjang masa dan ketika untuk kesinambungan pendidikan Islam.

Sunday, December 12, 2010

BOMOH DAN JIN

Pandangan Wahid Abdul Salam Bali dalam menyatakan hubungan antara bomoh yang menggunakan jin dan jinnya adalah dingin dan tidak baik. Ini kerana jin tersebut dipaksa oleh ketuanya untuk melakukan arahan bomoh yang membuat perjanjian dengan ketuanya. Justeru jin itu melakukan arahan bomoh dengan terpaksa dan tanpa rela. Oleh itu, seringkali jin tersebut bertindak menyakiti bomoh atau orang-orang yang ada hubungan dengannya - Rujuk as-Sorimu al-Battar.

Friday, December 10, 2010

JALAN KE SYURGA

SALAM HIJRAH
Lepas berkhutbah tengahari tadi,tok imam suruh buat kuliah maghrib pula. Tapi tak pe, semuanya benda baik.
Ana cerita tentang halangan iblis terhadap manusia daripada mengikuti Islam yang sebenar. Justeru diumpamakan sekatan jalan raya (roadblock) yang dilakukan oleh iblis untuk menghalang kita sampai ke syurga. Oleh itu kita mesti memiliki lesen untuk melepasi roadblock tersebut. Jika tidak, kita akan terkandas dan tidak akan sampai ke syurga. Syarat untuk mendapatkan lesen ialah dengan ilmu + amal. Wallahu aklam bisowab.

Thursday, December 9, 2010

KHUTBAH MAAL HIJRAH


SALAM MUHARRAM...

Esok tok imam minta ana berkhutbah di masjid kat kampung. Dia minta kupas tajuk hijrah.

Dah bertahun ana tak berkhutbah, namun ana akan cuba dengan isi-isi berikut:

1- Kupasan surah at-Taubat ayat ke 100. ( cerita golongan terawal masuk Islam/sahabat)

2- Hijrah merupakan titik tolak kebangkitan Islam yang hasilnya Islampernah menguasai 3/4 dunia.

3- Umat Islam di Mekah berpecah dua, golongan yang berhijrah dan tidak berhijrah.

4- Golongan yang berhijrah terbahagi dua iaitu yang ikhlas dan tidak ikhlas.

5- Mesej pertama, janganlah kita menjadi golongan pertama yang tidak berhijrah dengan ertikata lain tidak patuh dengan perintah Allah. Jangan pula golongan kedua yang berhijrah tetapi tidak ikhlas. Bahkan kita mesti menjadi golongan ketiga yang berhijrah semata-mata mendapat keredaan Allah swt.

6- Justeru Allah menjelaskan menjelaskan keistimewaan golongan muhajirin dan pengikutnya dengan mendapat keridaan Allah swt. dan ditempatkan di dalam syurga yang kekal selamanya.

Semoga khutbah yang bakal disampaikan esok memberi keinsafan kepada diri ana dan para pendengarnya, insya Allah.

Tuesday, December 7, 2010

JAHIL MURAKKAB

SALAM MUHARRAM...
Penyakit jahil murkkab sedang berleluasa di dalam kehidupan manusia. Namun mereka tidak mengetahui bahawa mereka termasuk golongan tersebut. Kerana mereka tidak tahu bahawa mereka jahil. Ditambah lagi, ramai di kalangan ahli masyarakat hari ini sudah memiliki digree mahu pun ijazah sarjana, maka perasaan alim sentiasa membuak-buak di dalam jiwa mereka.
Justeru ubat yang paling mujarab untuk mengatasi ini ialah dengan menyburkan perasaan rendah diri dengan kata lain membuang sifat ego. Seperti mana petua orang tua-tua supaya mengikut resam padi, semakin berisi maka semakin tunduk ke bumi.
Semoga tahun baru 1432 H ini menjadikan kita orang yang sentiasa membongkar ilmu Allah yang tidak pernah kehabisan, Subhanallah...
Salam Hijrah. Hijrah sikap, hijrah jiwa dan hijrah minda serta emosi.

MAAL HIJRAH 1432H

Maal Hijrah satu simbol kemegahan umat Islam kerana hasil perjuangan Rasulullah dan para Sahabat. Namun perlu diingat sesungguhnya segelintir orang Islam tidak mahu berhijrah walaupun sesudah memeluk Islam. Dan juga segelintir golongan muhajirin yang berhijrah bersama Rasulullah tidak ikhlas semasa hijrah. Justeru, kita perlu membuat perubahan zahir dan batin untuk menyahut semangat hijrah yang sebenar. Kerana orang yang tidak mahu membuat perubahan ke arah kebaikan seolah-olah mereka yang tidak berhijrah. Ada pun orang yang membuat perubahan lahiriah tanpa disertai dengan jiwa seolah-olah mereka yang berhijrah tanpa ikhlas. Oleh itu sahutlah semangat hijrah yang sebenar supaya kita termasuk golongan yang mengikut Sunnah Rasulullah.