Tuesday, December 2, 2008

PUSAKA


Tiga hari lepas, RM3000 peninggalan arwah datuk ana telah dibahagikan kepada ayahda dan adik beradiknya secara sama rata (5 orang, 4 lelaki dan 1 perempuan). Ana nasihat ayahda bahawa cara pembahagian tersebut tidak menepati syarak walaupun semua bersetuju dengan cara tersebut.
Kesimpulan:Harta pada hakikatnya adalah milik Allah swt. Justeru, pembahagiannya perlu ikut syariat Allah, bukannya perasaan/aturan kita. Kadang-kadang kita rasa kita baik bilamana kita buat keputusan untuk membahagi sama banyak harta pusaka di antara adik beradik lelaki dan perempuan. Memang sebagai lelaki, kita membuat sesuatu yang baik kepada adik-beradik perempuan kita, tetapi adakah kita dikira baik oleh Allah swt setelah melanggar hukum al-Quran semata-mata meraikan perasaan kita?.
Oleh itu ingat lah bahawa harta itu milik allah, bahagi lah ikut peraturan Allah swt supaya kita menjadi hamba yang baik dan dikasihi Allah.

1 comment:

Anonymous said...

salam,

ana tak setuju dgn pandagan anta, sila rujuk artikel ana dan bagi komen membina anta http://ibnrajab.wordpress.com/2008/09/22/harta-pusaka

tq