Saturday, January 22, 2011

HUKUM REBONDING RAMBUT

SALAM
Ada segelintir pelajar sekolah saya membuat "rebonding" rambut, sehingga menjadi isu di asrama pelajar puteri. Kemudian isu ini telah dirujuk kepada saya. Justeru saya bertanya pendapat beberapa sahabat di samping saya membuka laman-laman soaljawab agama untuk mencari penyelesaian hukum. Alhamdulilllah saya dapat merumuskan hukum tersebut dan menyelesaikan isu yang berlaku.
Sebenarnya, hukum "rebonding" rambut menjadi khilaf di kalangan ulama'. Ada yang kata haram kerana termasuk dalam perkara merubah ciptaan Allah. Ada pula yang mengatakan harus kerana ia termasuk dalam perkara merubah ciptaan Allah yang tidak kekal selepas perubahan tersebut.
Oleh itu, saya telah menjelaskan kepada pelajar saya tentang khilaf tersebut, dan saya menasihati mereka supaya berpegang dengan pendapat yang mengatakan haram supaya agama mereka lebih terpelihara. Wallahu aklam bissowab.

1 comment:

M.Nurakmal said...

Salam..
Ustaz,nk tanya sikit brkaitan post Ustaz tentang rebonding rmbut ni..kalau 'iron'rmbut,bgaimana pula Ustaz??ada orang kata,'iron' rmbut ni tak sama dgn rebonding..macam mana ya Ustaz??
(Terima kasih,Ustaz)