Tuesday, December 7, 2010

JAHIL MURAKKAB

SALAM MUHARRAM...
Penyakit jahil murkkab sedang berleluasa di dalam kehidupan manusia. Namun mereka tidak mengetahui bahawa mereka termasuk golongan tersebut. Kerana mereka tidak tahu bahawa mereka jahil. Ditambah lagi, ramai di kalangan ahli masyarakat hari ini sudah memiliki digree mahu pun ijazah sarjana, maka perasaan alim sentiasa membuak-buak di dalam jiwa mereka.
Justeru ubat yang paling mujarab untuk mengatasi ini ialah dengan menyburkan perasaan rendah diri dengan kata lain membuang sifat ego. Seperti mana petua orang tua-tua supaya mengikut resam padi, semakin berisi maka semakin tunduk ke bumi.
Semoga tahun baru 1432 H ini menjadikan kita orang yang sentiasa membongkar ilmu Allah yang tidak pernah kehabisan, Subhanallah...
Salam Hijrah. Hijrah sikap, hijrah jiwa dan hijrah minda serta emosi.

MAAL HIJRAH 1432H

Maal Hijrah satu simbol kemegahan umat Islam kerana hasil perjuangan Rasulullah dan para Sahabat. Namun perlu diingat sesungguhnya segelintir orang Islam tidak mahu berhijrah walaupun sesudah memeluk Islam. Dan juga segelintir golongan muhajirin yang berhijrah bersama Rasulullah tidak ikhlas semasa hijrah. Justeru, kita perlu membuat perubahan zahir dan batin untuk menyahut semangat hijrah yang sebenar. Kerana orang yang tidak mahu membuat perubahan ke arah kebaikan seolah-olah mereka yang tidak berhijrah. Ada pun orang yang membuat perubahan lahiriah tanpa disertai dengan jiwa seolah-olah mereka yang berhijrah tanpa ikhlas. Oleh itu sahutlah semangat hijrah yang sebenar supaya kita termasuk golongan yang mengikut Sunnah Rasulullah.

Monday, June 7, 2010

PERTEMBUNGAN ANTARA HAQ DAN BATIL


Di mana ada kebenaran, maka di situ ada kebatilan. Pasangan ciptaan Allah SWT untuk menjadikan kehidupan manusia lebih indah.

Kita merancang ke arah kebaikan, namun pasti ada yang merancang ke arah kemungkaran... ini lah hakikat perjuangan menegakkan agama Allah. Tiada yang mudah, kerana syurga itu terlalu istimewa.

Friday, May 28, 2010

DAKWAH...TARBIYYAH


DAKWAH SUSAH
TARBIAH LAGI SUSAH...
TERUSKAN PERJUANGAN...
AKADEMIK YANG UTAMA DALAM HIDUP PELAJAR...
NAMUN ROHANI ADALAH YANG PERTAMA.
KATA IMAM SYAFIE...ILMU UMPAMA CAHAYA, IA TIDAK AKAN MENERANGI JIWA YANG INGKAR(MAKSIAT)

KEMBALI...


Ana kembali lagi selepas dua kali menyepi. Semoga pada kali ini dengan langkah kanan. Terima kasih ust Hafizullah atas peringatan tempoh hari.

Sudah genap setahun, kembali mengajar di sekolah SMKA Segamat, rasa baru sekejap. Namun tempoh yang singkat ini banyak mengajar kehidupan sebagai pendakwah.

Ana tak sibuk lagi dengan kuliah/ceramah masjid/surau. Kalau di Kuching dulu, boleh kata setiap malam ada kuliah, di samping ceramah motivasi dan ceramah hari kebesaran Islam. Sekarang langsung tidak ada, kalau ada pun kat sekolah,untuk budak-budak. Walau bagai manapun ana merasakan budak-budak ini perlu diutamakan berbanding orang-orang tua kat masjid dan surau.

Saturday, July 25, 2009

ISRA' DAN MI'RAJ:SOLAT


Salam keimanan...

Solat lima waktu, anugerah Allah swt kepada umat Muhammad ketika malam Isra' dan Mi'raj.

Solat merupakan ibadat yang diperintah secara langsung (live) daripada Allah swt kepada Nabi Muhammad saw.

Perintah solat bermula dengan 50 waktu, tetapi setelah berlaku tawar menawar, Allah swt mengurangkannya kepada 5 waktu. Kita sepatutnya berterima kasih kepada Rasulullah kerana menahan malunya dihadapan Allah semasa meminta dikurangkan waktu solat. Sepatutnya tiada alasan untuk kita meninggalkan sebagian solat 5 waktu. Kalau kurang, patut segan lah kat Rasulullah, atau mi'raj sendiri, jumpa Allah swt dan minta kurangkan lagi waktu solat... Kalu tak, cukupkanlah waktu solat tu.

Solat merupakan tiang agama, sesiapa mendirikannya, seolah-olah dia mendirikan agama, sesiapa meninggalkannya seolah-olah dia merobohkan agama. Kalau surau diroboh, kita pasti, masyarakat melayu akan bersatu padu menentang sesiapa sahaja yang melakukannya. Namun hari ini, majoriti muda mudi Islam yang merobohkan agama (tak solat), namun tiada siapa yang mempedulikannya. mana yang lebih utama, surau atau agama?

Ingat pesanan Rasulullah, amalan yang pertama ditanya pada Hari Kiamat ialah solat. Kalau solat kita baik, insya Allah hisab kita menjadi mudah.

Jangan tinggalkan solat...

Thursday, July 16, 2009

ANA KEMBALI


Alhamdulillah... syukur kehadrat Ilahi, kerana memberi peluang kepada saya untuk kembali ke laman toyyiba.

Dah rasa kekkok nak menulis, sebab terlalu lama (6 bulan) meninggalkan blog ini.

Insya Allah dengan peluang ini, saya akan menyumbang idea dan pandangan dengan harapan untuk dikongsi dengan rakan-rakan.

salam bloger...