Showing posts with label tarbiah. Show all posts
Showing posts with label tarbiah. Show all posts

Monday, December 27, 2010

DI AMBANG SESI PERSEKOLAHAN 2011

Biasanya , bahang bebanan kerja sebagai guru mula dirasai. Seminggu lagi, sesi persekolahan baru 2011 bakal menjelang tiba. Persiapan persekolan untuk anak-anak dan anak-anak murid sudah tentu menambah rasa komitmen kita untuk bertugas bagi menjayakan misi pendidikan.
Namun, sebenarnya kerja dan tugas seumpama ini adalah menjadi kebiasaan sepatutnya kepada kita semua. Bak kata Hasan al-Banna "Tanggungjawab lebih banyak daripada masa". Justeru tugas mendidik hendaklah dilangsungkan sepanjang masa dan ketika untuk kesinambungan pendidikan Islam.

Friday, May 28, 2010

DAKWAH...TARBIYYAH


DAKWAH SUSAH
TARBIAH LAGI SUSAH...
TERUSKAN PERJUANGAN...
AKADEMIK YANG UTAMA DALAM HIDUP PELAJAR...
NAMUN ROHANI ADALAH YANG PERTAMA.
KATA IMAM SYAFIE...ILMU UMPAMA CAHAYA, IA TIDAK AKAN MENERANGI JIWA YANG INGKAR(MAKSIAT)

KEMBALI...


Ana kembali lagi selepas dua kali menyepi. Semoga pada kali ini dengan langkah kanan. Terima kasih ust Hafizullah atas peringatan tempoh hari.

Sudah genap setahun, kembali mengajar di sekolah SMKA Segamat, rasa baru sekejap. Namun tempoh yang singkat ini banyak mengajar kehidupan sebagai pendakwah.

Ana tak sibuk lagi dengan kuliah/ceramah masjid/surau. Kalau di Kuching dulu, boleh kata setiap malam ada kuliah, di samping ceramah motivasi dan ceramah hari kebesaran Islam. Sekarang langsung tidak ada, kalau ada pun kat sekolah,untuk budak-budak. Walau bagai manapun ana merasakan budak-budak ini perlu diutamakan berbanding orang-orang tua kat masjid dan surau.

Saturday, November 22, 2008

ANAK-ASET PERTAMA


Alhamdulillah... dah seminggu berlalu cuti sekolah. Baru dua hari balik kampung bercuti bersama ayah dan bonda. Suasana musim tengkujuh di Kelantan, hujan mencurah-curah tak berhenti-henti. Nampak macam nak banjir tahun ni, sebab tahun lepas tak banjir.

Semalam, anakda no.2 mengeluh "kenapa selalu hujan, bising lah!". Ana kata "Kalau tak hujan, nanti pokok, binatang semuanya mati". Dia menambah "Hujan banyak sangat!". Ana tak dapat menjawab secara spontan dengan jawapan yang meyakinkan. Justeru ana bawa cerita lain untuk menenangkan suasana.

Pengajaran:Kita mesti sentiasa bersedia untuk mengajar dan mendidik. Kerja cikgu ni, bukan waktu P&P sahaja, tetapi full time (sepanjang masa). Bukan didik murid kat sekolah sahaja, tetapi anak kat rumah lagi penting. Bukan masa sekolah sahaja, tetapi cuti sekolah pun ngajar juga. Anak-anak kita, bukan anak orang lain.

Thursday, October 23, 2008

KAEDAH KILAT BELAJAR QURAN


Kaedah ringkas:
PERTAMA: Tempoh selama 6 bulan(4bln Iqra' & 2bln quran)
KEDUA : Purata 1.5 muka surat iqra' mesti dikhatamkan setiap hari (1.5 x 120 hari = 180 muka(iaitu 6 buah buku iqra')).
KETIGA : 0.5 juzuk quran perlu dihabiskan setiap hari (0.5 x 60 hari = 30 juzuk).

Untuk makluman sahabat, kaeadah ini telah pun dibuktikan oleh sahabat ana. Anak keduanya menjadi model bagi kaeadah ini, alhamdulillah anak tersebut telah khatam quran semasa umurnya 4 tahun, dan sekarang sedang menghafal surah-surah utama (lima tahun sekarang)...

Cuma yang penting, kita perlu ada azam yang tinggi, kesabaran dan mujahadah yang berterusan di samping doa.

Info:Kita hanya perlukan masa sejam sehari untuk anak kita ngaji quran... ana rasa boleh(cuma belum buat, spt kata ust muzaha "sibuk manjang kat luar rumah").

من جد وجد

selamat mencuba...

Wednesday, October 22, 2008

DIDIK ANAK

Assalamualaikum
Minggu kedua bulan syawal ana pulang dari UKM ke Segamat. Dalam perjalanan pulang ana singgah di rumah seorang sahabat yang terletak di Pedas. Beraya.... kan orang selatan sebulan beraya... Apa yang menakjubkan ana, bila ana dimaklumkan beliau bahawa 2 anak perempuan (5&7tahun) sudah khatam quran. Yang 7 tahun sudah hafal 6 juzuk. Ana sempat mendengar anak-anaknya baca & hafal quran depan ana sendiri.

Pengalaman ini menjadi asas kepada ana untuk menegaskan bahawa sebenarnya kita mampu mendidik anak-anak kita mengaji quran seumpama ulama' terdahulu yang hafal quran sebelum umur 10 tahun. Bak kata pepatah "nak seribu daya tak nak seribu dalih". Ana bersedia kongsi pengalaman sahabat tersebut dengan anda...(bersambung)