Wednesday, October 22, 2008

DIDIK ANAK

Assalamualaikum
Minggu kedua bulan syawal ana pulang dari UKM ke Segamat. Dalam perjalanan pulang ana singgah di rumah seorang sahabat yang terletak di Pedas. Beraya.... kan orang selatan sebulan beraya... Apa yang menakjubkan ana, bila ana dimaklumkan beliau bahawa 2 anak perempuan (5&7tahun) sudah khatam quran. Yang 7 tahun sudah hafal 6 juzuk. Ana sempat mendengar anak-anaknya baca & hafal quran depan ana sendiri.

Pengalaman ini menjadi asas kepada ana untuk menegaskan bahawa sebenarnya kita mampu mendidik anak-anak kita mengaji quran seumpama ulama' terdahulu yang hafal quran sebelum umur 10 tahun. Bak kata pepatah "nak seribu daya tak nak seribu dalih". Ana bersedia kongsi pengalaman sahabat tersebut dengan anda...(bersambung)

1 comment:

muzaha said...

bagi orang yang kerja nya tak sibuk mana, bg ana dia boleh didik anak untuk hafal quran. ana dah tengok sahabat2 kat ni yg mana mereka ni lebih tumpukan kepada kluarga dan anak2. Ada masa untuk anak2. Tp bila dipanggil untuk buat kerja jemaah mereka tak nak. Kita bila nak ajar dan istaqamah dgn anak2 ada2 jer kijo sekolah n jemaah dan terpaksa tinggalkan anak2.

Mungkin demo boleh oyak kawe bebrapa tips untuk nak ajar anak kalau kita sentiasa sibuk ni...kawe sekolah SBP, sibuk sampai ke petang n malam....Rasa jelous gak tengok anak sahabat dah pandai baca quran tika umur 6 tahun. anak kawe hanya pandai alif ba ta jah... hua hua hua...

Tahniah dah ada blog sendiri.selamat berblog..dah tukar no handphone ke?