Tuesday, October 21, 2008

KALAM PERTAMA

Assalamualaikum.
Bismillahirahmanirahim
Sejak zaman berzaman, para rasul diutuskan untuk menguruskan dunia ini mengikut peraturan Allah SAW. Kalau tidak pun, mereka disuruh untuk menyeru pemerintah-pemerintah di zaman masing-masing supaya tunduk dan patuh kepada kehendak-kehendak Allah SAW dalam urusan pentadbiran mereka. Justeru, sebagai umat akhir zaman yang tidak ada lagi nabi dan rasul selepas kewafatan Rasulullah SAW, maka Allah mewaris dan mempusakakan tugas kerasulan itu kepada para ulama’ seperti mana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW :
العُــَـلـمَاءُ َوَرَثةُ الأنْـبِــيَـاءِ
Maksudnya: Para ulama’ adalah pewaris para nabi.
Oleh kerana itu intitusi ulama’ menjadi satu agenda yang perlu diwujudkan dalam konteks masyarakat lebih-lebih lagi dalam konteks berjemaah berdasarkan kepada sunnah Rasulullah yang pernah dipertahankan oleh Baginda semasa hidupnya.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum akhi,,

tahniah, punyai blog sendiri.. semoga terus menulis bagi memeriahkan usaha menyebarkan ilmu Allah menggunakan pelbagai medium..

selamat maju jaya!

IbnRajab
http://ibnrajab.wordpress.com