Showing posts with label al-Quran. Show all posts
Showing posts with label al-Quran. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

TEKNOLOGI DALAM AL-QURAN

Dalam edisi tanggal (1 Desember 2006) Koran Amerika Times menerbitkan berita ilmiah yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membangunkan piramid! Menurut penelitian Amerika-Perancis menyebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid, sebelumnya telah dilemparkan di bawah kayu lalu dipanaskan sehingga membentuk batu keras yang hampir normal. Para ilmuwan mengatakan bahwa Firaun mahir dalam ilmu kimia dan mengelola tanah liat. Dan metod yang mereka gunakan masih menjadi rahsia dan tidak diizinkan untuk diakses. Profesor Gilles Hug, dan Profesor Barsoum menegaskan bahawa piramid yang paling besar di Giza itu dibina dari dua jenis batu iaitu batu alam dan batu-batu yang dibuat secara manual. Benarlah firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Dan berkata Fir'aun: "Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta". (Al-Qashas:38)

Thursday, October 23, 2008

KAEDAH KILAT BELAJAR QURAN


Kaedah ringkas:
PERTAMA: Tempoh selama 6 bulan(4bln Iqra' & 2bln quran)
KEDUA : Purata 1.5 muka surat iqra' mesti dikhatamkan setiap hari (1.5 x 120 hari = 180 muka(iaitu 6 buah buku iqra')).
KETIGA : 0.5 juzuk quran perlu dihabiskan setiap hari (0.5 x 60 hari = 30 juzuk).

Untuk makluman sahabat, kaeadah ini telah pun dibuktikan oleh sahabat ana. Anak keduanya menjadi model bagi kaeadah ini, alhamdulillah anak tersebut telah khatam quran semasa umurnya 4 tahun, dan sekarang sedang menghafal surah-surah utama (lima tahun sekarang)...

Cuma yang penting, kita perlu ada azam yang tinggi, kesabaran dan mujahadah yang berterusan di samping doa.

Info:Kita hanya perlukan masa sejam sehari untuk anak kita ngaji quran... ana rasa boleh(cuma belum buat, spt kata ust muzaha "sibuk manjang kat luar rumah").

من جد وجد

selamat mencuba...