Sunday, November 23, 2008

GIGI


Subhanallah... Rasa sakit semakin hilang, tetapi sebatang geraham yang dicabut tidak dapat diganti lagi.

Siang tadi ana ajak Abu Basyar ke Kota Bharu, sebagai teman sebab nak tampal sebatang geraham yang berlubang. Selepas diperiksa, dr. kata kena cabut. Jam 11.30 pagi geraham tersebut selamat dicabut, RM70.00 habis sebagai upah dr.

Terasa kehilangan, bukan RM70, tetapi sebatang geraham yang telah memberi khidmat selama 20 tahun. Bila kunyah makanan, terasa ketidak sempurnaan kunyahan. Kalau lah gigi duk kat luar, nampak sangat kecacatan, nasib baik duk kat dalam mulut, orang tak nampak.

Pengajaran:Hargai lah nikmat Allah sebelum kehilangannya. Sebab manusia biasanya akan hargai sesuatu selepas ketiadaanya.

1 comment:

muzaha said...

antara tanda kita dah semakin lanjut usia, gigi pun dah rosak/luruh. Rambut ada lagi?atau dah gugur?