Tuesday, November 4, 2008

KAHWIN LARI

Seorang sahabat bertanya pasal kahwin lari. Soalannya:Ustaz! Apa hukum perkahwinan dengan dua kali akad, satu di Thailand dan satu lagi di Malaysia?. Berdosa ke tidak, tak bagi tahu ibu bapa pasal perkahwinan tersebut? Berapa marhalah untuk mengesahkan perkahwinan dengan wali hakim?

Jawapan:Pertama-Perkahwinan dengan dua kali akad adalah sah. Kerana yang dikira adalah akad pertama, justeru akad yang kedua tidak menjejaskan akad yang pertama.

Kedua-Berdosa atau tidak kerana tak bagitahu ibu bapa tentang perkahwinan bergantung kepada sebab dan kedaan. Sekiranya perkahwinan itu dirahsiakan daripada ibu bapa yang zalim untuk mengelakkan daripada tergendala perkahwinan yang baik, hukumnya harus. Tetapi sekiranya ia dirahsiakan daripada ibu bapa yang beriman, hukumnya tetap berdosa.

Ketiga-Wali hakim boleh digunakan dalam perkahwinan sekiranya bakal isteri berada dalam jarak dua marhalah(81 km) daripada wali asalnya. (لفقه المنهجي)

1 comment:

Anonymous said...

Salam..

wow! banyak dah maklumat dlm blog nih.. tahniah!!

jom jenguk blog alumni jordan. link dia ada kat blog ana. sori tak ingat so takleh nak retype kat sini. pi aje klik kat blog ana tu.