Monday, November 10, 2008

SUMPAH NAZAR

Ahad lepas ana menyampaikan kuliah dhuha di markaz tarbiah Segamat. Ana sebut sedikit pasal nazar mutlak dan muqayyad. Apa yang menarik ialah soalan pasal lafaz nazar sama ada perlu lafaz sumpah (walillahi) atau tidak?.
Jawapan: Dalam mazhab Syafie isu ini menjadi khilaf. Sebahagian ulama berpendapat tidak sah lafaz nazar tanpa sumpah, tetapi sebahagian mereka berpendapat sebaliknya. Manakala pendapat yang paling sahih ialah nazar dikira sah walau pun tanpa lafaz sumpah.
(كفاية الأخيار/إعانة الطالبين)

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

so macamana daging akikah nazar blh dimakan oleh tuannya atau tidak? begitu jg korban nazar. blh makan ke sedekah semua daging2 tu?

kalau nazar nak sedekah wang RM10,000 maka ia jadi zakat? kena bagi kepada asnaf zakat ka? kerana sedekah sunat yg wajib (dah nazar kira wajib) adalah zakat.

sbb tu kena detail sikit lagi bahawa nazar ini hanyalah utk mengubah/memotovasikan diri dari hukum sunat kepada wajib. yg wajib kt rasa nak buat tu lebih sbb dah jadi tanggungjawab.

soal nak bahagi daging, makan danging itu perlu kepada nazar muqayyad dan mutlak. kalau dah muqayyad tak blh, tapi kalau itlak, silakan.

man yurudillahu bihi khairan yufaqqihu fi al-dien.

wallahu aklam.

Anem Arnamee said...

Salam ziarah =)