Saturday, November 8, 2008

NAZAR-SEMBELIH KAMBING


Semalam Abu Basyar mengutarakan satu isu yang berkaitan dengan hukum daging nazar. Isu ini tercetus apabila seorang kenalan yang baru sembuh daripada sakit, memaklumkan bahawa semasa dia sakit dia pernah berkata "kalau aku sihat, aku nak sembelih kambing seekor". Persolannya, adakah dia boleh makan daging kambing yang dinazarkan untuk disembelih?

Jawapannya: Isu ini perlu dilihat dari dua sudut yang berbeza.

Pertama:Adakah sah nazarnya? Kalau dilihat lafaznya secara zahir, sembelih kambing adalah sesuatu yang harus. Ertinya harus bagi seseorang untuk menyembelih seekor kambing atau tidak menyembelihnya. Sesuatu yang harus tidah sah untuk dinazarkan-(الفقه المنهجي). Tetapi jika lafaz itu disertakan dengan niat untuk bersedekah, maka sah nazarnya. Begitu juga ia dikira sah jika dilihat dari sudut adat. Ertinya, mengikut budaya masyarakat Melayu apabila dilafazkan "nak sembelih kambing" ia biasanya menyiratkan maksud bersedekah-(روضة الطالبين).

Kedua: Adakah daging nazar boleh dimakan oleh orang yang bernazar? Tidak boleh, kerana daging tersebut bukan haknya, tetapi hak orang miskin yang layak terima sedekah-(روضة الطالبين، مغني المحتاج).

2 comments:

muzaha said...

masalah hukum:
Aqiqah bagi bayi kanak-kanak lelaki adalah 2 ekor kambing (afdal) dan bg perempuan pula 1 ekor. Klau tiada kambing dan ingin membuat aqiqah(baby laki) lembu yg dikorbankan dan ambil 2 bahagian lembu untuk afdal, boleh ke? atau dah memadai dgn satu bahgaian je ?
syukran.

Anonymous said...

salam..

hehe.. tahniah.. nampak kesarjanaan dah tuh

:)

wassalam

AbuBasyar
http://ibnrajab.wordpress.com