Thursday, September 15, 2011

KEBAIKAN MENGHAPUSKAN KEJAHATAN






Dalam surah Hud ayat 114, Allah menyebut :


أن الحسنات يذهبن السيئات

yang membawa maksud, sesungguhnya kebaikan akan menghapuskan keburukan.

Ini merupakan satu teori ilahi dalam kita menghadapi suasana yang dipenuhi dengan segala macam maksiat dan kemungkaran. Yang pasti Allah menegaskan bahawa keburukan dan kejahatan akan terhapus bilamana kebaikan menjadi dominan. Justeru pada masa kini kita harus dan terus melaksanakan amal soleh tanpa menoleh dan menonton kejahatan yang berlaku. ini sekiranya kita rindukan suasana zaman kenabian supaya ianya kembali.

وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله والمؤمنون
Katakanlah Muhammad, Beramallah kamu, susungguhnya Allah, RasulNYa dan orang beriman akan melihat amalan kamu tersebut.