Showing posts with label ibadat. Show all posts
Showing posts with label ibadat. Show all posts

Monday, August 29, 2011

PERPISAHAN...




Beberapa minit lagi, Kemungkinan besar Ramadhan 1432H akan meninggalkan umat Islam but selam-lamanya. Tapi khabar dari Arab Saudi menjangkakan esok masih berpuasa, kerana puasa tahun ini genap 30 hari.




Kalau diberi pilihan, adakan kita nak raya esok atau lusa? Nak tahu jawapannya, tepuk dada tanya iman.




Wallahu aklam.

Saturday, August 27, 2011

RAMADHAN AKAN MELABUH TIRAI

Sebulan tidak begitu terasa dek sibuk dengan ibadat sepanjang Ramadhan. Namun umat Islam boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan bilamana mereka berada di ambang aidil fitri. Pertama, golongan yang bersedih kerana merasakan sesal tidak dapat mengaut ganjaran Ramadhan yang begiti banyak. Kedua, golongan yang bergembira kerana merasakan bebanan Ramadhan bakal berakhir. Dan ketiga, golongan yang tidak merasa apa-apa kerana Ramadhan merupakan rutin tahunan yang sentiasa datang dan pergi.

Justeru, kita berada dalam golongan yang mana satu?. Apa pun semoga Ramadhan tahun ini memberi erti yang besar kepada kita semua.

Friday, August 26, 2011

LAILATUL QADAR

Satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Mengikut ramalan Imam Ghazali ia berlaku pada 21 Ramadhan pada tahun ini. Namun ia jangkaan semata-mata, yang penting kita beribadat dan gandakan ibadat sepanjang 10 malam terakhir kerana ia merupakan sunnah Rasulullah.

Saturday, July 25, 2009

ISRA' DAN MI'RAJ:SOLAT


Salam keimanan...

Solat lima waktu, anugerah Allah swt kepada umat Muhammad ketika malam Isra' dan Mi'raj.

Solat merupakan ibadat yang diperintah secara langsung (live) daripada Allah swt kepada Nabi Muhammad saw.

Perintah solat bermula dengan 50 waktu, tetapi setelah berlaku tawar menawar, Allah swt mengurangkannya kepada 5 waktu. Kita sepatutnya berterima kasih kepada Rasulullah kerana menahan malunya dihadapan Allah semasa meminta dikurangkan waktu solat. Sepatutnya tiada alasan untuk kita meninggalkan sebagian solat 5 waktu. Kalau kurang, patut segan lah kat Rasulullah, atau mi'raj sendiri, jumpa Allah swt dan minta kurangkan lagi waktu solat... Kalu tak, cukupkanlah waktu solat tu.

Solat merupakan tiang agama, sesiapa mendirikannya, seolah-olah dia mendirikan agama, sesiapa meninggalkannya seolah-olah dia merobohkan agama. Kalau surau diroboh, kita pasti, masyarakat melayu akan bersatu padu menentang sesiapa sahaja yang melakukannya. Namun hari ini, majoriti muda mudi Islam yang merobohkan agama (tak solat), namun tiada siapa yang mempedulikannya. mana yang lebih utama, surau atau agama?

Ingat pesanan Rasulullah, amalan yang pertama ditanya pada Hari Kiamat ialah solat. Kalau solat kita baik, insya Allah hisab kita menjadi mudah.

Jangan tinggalkan solat...

Tuesday, November 4, 2008

SUBUH GAJAH


Seorang rakan bertanya pasal qada' subuh sebab terlewat bangun. Soalannya:Ustaz! saya terlewat bangun tidur. Boleh tak saya qada' solat subuh yang terlepas tu?.

Jawapan:Majoriti ulama' daripada pelbagai mazhab berpendapat bahawa wajib qada' solat yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan bagi muslim yang sudah akil dan baligh. (الفقه المنهجي)

Friday, October 24, 2008

ZAKAT KEPADA AHLI KELUARGA




Soalan:Bolehkah kita membayar zakat kepada adik beradik yang miskin?

Jawapan:Boleh, kerana mereka tidak termasuk ahli keluarga yang wajib kita beri nafkah.

Soalan: Siapakah di kalangan ahli keluarga kita yang boleh diberi zakat dan tidak boleh diberi zakat?

Jawapan:Ahli keluarga kita yang tidak boleh diberi zakat ialah anak cucu dan ke bawah serta ibu bapa dan ke atas. Ini kerana mereka termasuk golongan yang wajib kita beri nafkah sekiranya mereka berada dalam keadaan fakir dan miskin.

Adapun ahli keluarga yang boleh diberi zakat ialah selain daripada mereka (anak cucu ke bawah serta ibu bapa dan ke atas) seperti adik beradik, bapa/ibu saudara, anak saudara dan sepupu.

Namun kita boleh memberi zakat kepada anak cucu dan ke bawah serta ibu bapa dan ke atas sekiranya mereka tergolong dalam asnaf zakat selain fakir dan miskin. Sebagai contoh membayar zakat kepada cucu yang sedang belajar kerana mereka termasuk dalam asnaf fi sabilillah. (الفقه المنهجي)

wallahu aklam...